Pasaran Mata Wang Bergelora Menjelang Ucapan Powell!

580

Indeks US dolar dan mata wang euro kedua-duanya tergelincir pada hari Khamis dalam dagangan bergelora apabila pelabur menunggu ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell pada hari Jumaat untuk mendapatkan petunjuk lanjut mengenai kadar kenaikan kadar bank pusat AS yang berterusan.

Pelabur menjangkakan kenaikan kadar 50 atau 75 mata asas pada bulan September ketika Fed melawan inflasi, tetapi dalam masa yang sama menekankan beberapa data ekonomi A.S yang lemah.

Menurut Shaun Osborne, ketua strategi FX di Scotiabank di Toronto, beliau melihat pasaran mungkin menjangkakan mesej hawkish daripada Powell. Walau bagaimanapun, “sejak FOMC yang lalu, data dari A.S. tidak begitu baik. Saya fikir dengan harga petrol di A.S. turun dengan ketara terdapat pandangan bahawa tekanan inflasi mungkin telah memuncak,” kata Osborne.

Presiden Fed Kansas City Esther George berkata terlalu awal untuk meramalkan berapa banyak bank pusat A.S. akan menaikkan kadar faedah bulan depan, dengan laporan utama mengenai inflasi dan pasaran buruh masih dinantikan keabsahannya.

Presiden Fed Atlanta Raphael Bostic juga berkata beliau belum memutuskan sama ada Fed perlu menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas atau 75 mata asas pada mesyuarat dasarnya bulan depan.

Indeks US dolar terakhir turun 0.05% pada 108.57. Ia berada di bawah paras tertinggi 20 tahun 109.29 yang dicapai pada 14 Julai. US dolar mula kukuh lebih lanjut selepas data pada Khamis menunjukkan bahawa ekonomi A.S. menguncup pada kadar yang lebih sederhana daripada yang difikirkan pada awalnya pada suku kedua.

Mata wang Euro susut 0.04% berbanding US dolar kepada paras dagangan $0.9964. Mata wang tunggal euro naik semula secara ringkas di atas pariti semalaman, sebelum menjejaki semula selepas sentimen perniagaan di Jerman pada Ogos telah jatuh ke paras terendah sejak Jun 2020.

Pergerakan Euro sebahagian besarnya didorong oleh kenaikan harga gas asli, yang dikaitkan dengan euro yang lebih lemah kerana pergantungan Eropah kepada gas asli. Di tambah pulah kebimbangan terhadap ekonomi global, menyebabkan pelabur lebih berminat pada safe haven.

Dolar Australia pula mula susut selepas laporan media negara China mengatakan bahawa China akan mengambil lebih banyak langkah untuk menyokong ekonomi, termasuk meningkatkan sokongan pembiayaan untuk projek infrastruktur dan meningkatkan sokongan untuk firma swasta dan syarikat teknologi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat