Pasaran Mata wang Kembali Terbatas, Pelabur Terus Mencerna Khabar Dari China!

208

Suasana dalam pasaran mata wang tidak banyak berubah dengan pergerakan masih lagi dipengaruhi oleh berita penamatan kuarantin Covid-19 di China.

Rentetan daripada langkah tersebut, ia telah meningkatkan prospek untuk pertumbuhan yang lebih baik di ekonomi kedua gergasi dunia itu setelah sekian lama bergelut dengan wabak coronavirus.

Sungguhpun begitu, lonjakan kes jangkitan semasa di negara itu menimbulkan sedikit kebimbangan dan turut memudarkan gambaran bahawa Beijing akan pulih dengan cepat.

Malah, tidak semua negara menerima pelancong dari China, di mana yang terbaru Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida mengumumkan akan mewajibkan pelancong dari Beijing untuk menjalani kuarantin selama 7 hari jika disahkan positif Covid.

Selain itu, Jepun juga akan meletakkan had pada permintaan syarikat penerbangan untuk meningkatkan penerbangan ke China.

Ekoran itu, dagangan mata wang sensitif risiko dolar Aussie dan New Zealand mengehadkan keuntungan yang dicatatkan pada sesi sebelum ini.

Selain sentimen dari China, faktor kekurangan pelabur memasuki pasaran  juga mempengaruhi pergerakan semasa mata wang menjelang akhir dagangan tahun 2022.

Ini dapat dilihat pada dagangan US dolar yang memaparkan pergerakan mendatar berbanding pesaing utamanya, menyaksikan indeks dolar berlegar sekitar harga 104.20 pada sesi Asia.

Turut memaparkan pergerakan yang sama adalah dagangan euro dan pound yang diniagakan sedikit berubah di tengah-tengah ketiadaan pemangkin baharu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat