Pasaran Mata Wang Terus Mendapat Tarikan, Ringgit Bergerak Positif

102

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen ekonomi global yang berhati-hati mendorong para pelabur beralih ke arah pasaran mata wang yang sedang membangun.

Pada jam 9.10 pagi, ringgit didagangkan pada 4.7075/4.7110 berbanding dolar AS daripada 5.7110/4.7150 pada penutup Isnin.

Peserta pasaran kini sedang menunggu pengumuman indeks Harga Perbelanjaan Pengguna Peribadi (PCE) AS pada Jumaat di mana Federal Reserve (Fed) bergantung harap data ini dalam menilai kemajuan penurunan inflasi kepada sasaran 2%.

Selain itu, mereka juga akan memantau dengan teliti hasil input debat presiden AS pertama kalinya antara Joe Biden dan Donald Trump yang dijadualkan pada Khamis selepas sesi pasaran mereka ditutup.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding yen Jepun kepada 2.9534/2.9560 daripada penutup Isnin pada 2.9508/2.9535, jatuh berbanding pound British kepada 5.9717/5.9764 daripada 5.9679/5.9730 sebelumnya dan susut berbanding euro 1.056/5 54.

Ringgit bagaimanapun, kebanyakannya lebih tinggi berbanding rakan setara Asean.

Ia susut berbanding baht Thailand kepada 12.8669/12.8811 daripada 12.8383/12.8541 pada Isnin. Namun, mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4803/3.4832 daripada 3.4811/4843 pada penutup Isnin, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 287.1/287.4 daripada 287.3/287.7 sebelumnya dan kekal tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.01/8.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat