Pasaran Minyak Kena Tempias, Catat Kejatuhan Harian Terbesar Sejak Mac!

268

Ketika pasaran mata wang digoyahkan dengan kebimbangan terhadap kemelesetan dan US dolar yang lebih kukuh, dagangan minyak mentah turut menerima tempiasnya sehingga mengalami penurunan harian terbesar sejak Mac.

Menutup dagangan Selasa, minyak mentah Brent kehilangan 7.9% sehingga mendorong harga mencecah harga $101 setong, sebelum kembali stabil untuk didagangkan pada $104 setong pada sesi Asia hari ini.

Sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula menjunam 8.7% membawanya rendah ke paras harga $97 setong, tetapi kembali pulih dengan diniagakan pada $100 pada Rabu.

Niaga hadapan minyak merosot bersama dengan gas asli, petrol dan ekuiti, yang sering berfungsi sebagai penunjuk permintaan untuk minyak mentah.

Sementara itu, tindakan China sekali lagi mengadakan ujian Covid-19 secara besar-besaran telah menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan penutupan yang boleh mengancam permintaan minyak dari pengguna terbesar dunia itu.

Sementara itu, mogok oleh pekerja minyak dan gas Norway telah dihentikan setelah terdapat cmapur tangan daripada kerajaan.

Ini secara tidak langsung membantu meringankan beban yang boleh memburukkan lagi masalah bekalan tenaga Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat