Pasaran Minyak Mentah Kembali Menguat Apabila Didagang Pada $50 Setong!

31

Minyak mentah di AS dicatat pada $50 setong pada Jumaat berikutan sokongan pasaran yang semakin kuat terhadap sektor ini.

WTI mentah juga mencatat lonjakan yang agak mengejutkan apabila didagang pada $50.44 setong pada Khamis.

Menurut salah seorang penganalisis pasaran, trend ini mungkin akan berterusan jika sekiranya pasaran minyak mentah menjadi semakin baik.

Selain itu, sekiranya OPEC menjalankan perancangan untuk membekukan bekalan seperti yang dirancang, harga minyak mentah akan kembali stabil setelah menyaksikan penurunan bekalan buat minggu ketiga berturut-turut.

Minyak mentah di Amerika Syarikat juga jatuh 500 juta tong buat kali yang pertama sejak Januari.

Menurut perancangan awal, Menteri Tenga Algeria berkata bahawa OPEC mampu untuk membekukan sehingga 0.5 juta tong minyak mentah sehari.

Dalam pada itu, wakil kedua-dua pengeluar OPEC dan bukan ahli OPEC akan bertemu untuk perbincangan lanjut mengenai persetujuan awal untuk membekukan bekalan dalam persidangan tenaga yang dijadul bakal diadakan pada minggu depan.

Anda Pasti Akan Tenggelam Dalam Lautan Buku Jika Masuk Ke Dalam Tempat Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat