Pasaran Minyak Mentah Kritikal Punca USD/CAD Lonjak 200 Pips!

229

Jangkaan untuk harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD susut lebih rendah rupanya meleset apabila pasaran menyaksikan lonjakan bertenaga harga di sesi Eropah semalam.

Apa yang sudah terjadi?

Sentimen pasaran yang berisiko memfokuskan kepada kemelesetan ekonomi global kembali mengukuhkan semula US dolar sebagai mata wang safe-haven dalam pasaran.

Selain itu, pasaran minyak mentah global turut menerima tempias buruk dengan harga minyak mengalami kejatuhan harian terbesar sejak Mac.

Turut menambahkan lagi kebimbangan apabila ujian Covid-19 diadakan secara besar-besaran di China yang mencetuskan risiko penutupan ekonomi China yang merupakan antara pengguna terbesar minyak di dunia dan bakal menjejaskan permintaan minyak.

Justeru, dolar Kanada telah parah terkesan ekoran minyak mentah merupakan komoditi eksport utama negara Kanada.

Pelabur tersentak dengan lonjakan pada carta USD/CAD semalam dengan kejutan kenaikan harian lebih 200 pips dicatatkan sekaligus memadamkan jangkaan untuk harga menyambung corak penurunan sebelumnya.

Selepas lonjakan melepasi rintangan pada 1.29000, kenaikan diteruskan dan melepasi pula rintangan seterusnya pada 1.3000.

Tidak terhenti disitu, kenaikan diteruskan lagi sehingga mencapai paras ketinggian pada 1.30800 untuk menguji semula zon rintangan yang dicapai pada 17 Jun lalu.

Menuju dagangan penghujung sesi New York, harga sedikit susut semula ke paras sekitar 1.30200 sebelum kenaikan yang lemah dipamerkan pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini (Rabu).

Jangkaan kenaikan lebih tinggi bakal diteruskan untuk melepasi zon rintangan 1.31000 seterusnya harga bakal catatkan paras tertinggi terbaru untuk tempoh 2 tahun.

Sasaran untuk kenaikan seterusnya berkemungkinan boleh mencapai hingga paras sekitar 1.32000.

Sementara untuk jangkaan bagi penurunan harga semula, paras sokongan awal terlihat pada 1.3000 dan penurunan lebih rendah yang diteruskan bakal menuju semula zon tumpuan 1.29000.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat