Pasaran Nantikan Data-Data Penting, US Dolar Terus Meroket Menjelang Data NFP!

250

US dolar mengukuh pada hari Khamis, melanjutkan keuntungannya dari hari sebelumnya apabila pelabur memberi tumpuan pada data pekerjaan dan data inflasi untuk bagi mengenal pasti adakah isyarat terbaru tersebut dapat pengaruhi kenaikan kadar US dolar atau tidak.

Mata wang Euro mencat penyusutan yang ketara dengan susut 0.41% kepada paras dagangan 0.9843 selepas minit Bank Pusat Eropah dari mesyuarat bulan lepas yang menunjukkan penggubal dasar bimbang bahawa inflasi boleh tersekat pada tahap yang sangat tinggi. Dalam masa yang sama terdapat jangkaan bahawa negara Jerman bakal berhadapan kemelesetan ekonomi pada tahun hadapan.

Mata wang Sterling pula susut 0.65% kepada paras dagangan 1.1253 berbanding US dolar. Namun begitu US dolar stabil berbanding yen Jepun dan franc Switzerland.

Pasaran mata wang telah bergelut untuk mencari hala tuju yang jelas minggu ini, berikutan suku ketiga yang dramatik. Dolar pada mulanya merosot berbanding kebanyakan mata wang utama, sebelum kembali pulih.

Menurut Stephen Gallo ketua strategi FX Eropah di pasaran modal BMO berpandangan bahawa sentimen sangat suram pada penghujung Q3. Pembukaan suku keempat dikejutkan dengan campur tangan Bank of England dalam pasaran bon kerajaan British.

Beliau secara secara asas berpandangan bahawa buat masa sekarang tidak mempunyai sebab asas yang kukuh untuk membeli sterling, euro atau yen secara agresif namun dilemanya US dolar adalah terlalu mahal.

Indeks US dolar yang mengukur mata wang US dolar berbanding enam mata wang utama didagangkan kukuh 0.48% kepada paras dagangan 111.545.

Faktor utama yang mendorong pasaran mata wang pada masa ini ialah mengubah jangkaan tentang bagaimana agresif bank pusat, terutamanya dari the Fed. Persoalan utama ialah sama ada mereka akan beralih dari kenaikan kadar secara agresif kepada mempertimbangkan pertumbuhan ekonomi yang perlahan, yang membawa kepada kenaikan kadar yang lebih berhati-hati.

Data pekerjaan A.S pada keesokan hari dan angka infalsi minggu hadapan akan jadi data yang paling dinantikan. Pelabur akan mendapatkan indikasi penting untuk mengatur strategi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat