Pasaran Pekerjaan Australia Begitu Positif, Aud/Usd Melonjak Semula 9 Pagi Tadi

33

Pekerjaan di Australia melonjak pada Mei yang disokong oleh prestasi pekerjaan sepenuh-masa di mana 42,000 pekerjaan ditambah ke dalam ekonomi bulan lalu berbanding 37,400 pada April. Ini merupakan kenaikan keenam dalam masa tujuh bulan. Jangkaan pasaran bagi data kali ini ialah tambahan 9,700 pekerjaan sahaja.

Pekerjaan sepenuh-masa bertambah sebanyak 52,100 selepas jatuh 11,600 sebelum itu. Pekerjaan sambilan berkurangan 10,100 pada Mei selepas meningkat 49,000 pada April.

Kadar pengangguran jatuh kepada 5.5% dari 5.7% di mana kadar penyertaan dalam tenaga kerja meningkat kepada 64.9% dari 64.8%.

Jumlah jam bekerja dalam keseluruhan jenis pekerjaan meningkat 2.9 juta jam bulan lalu seperti yang ditunjukkan oleh data.

Australia sebelum ini lebih banyak mencatat lonjakan dalam pekerjaan sambilan berbanding sepenuh-masa yang disebabkan prestasi lemah pasaran pekerjaan. Kini Australia menambah lebih banyak pekerjaan berkualiti untuk rakyat mereka.

Ekonomi Australia juga berhadapan dengan ketidaktentuan pasaran perumahan dan juga eksport tetapi ia belum lagi memberi impak kepada pertumbuhan buat masa ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat