Pasaran Pekerjaan Kanada Positif, Tetapi Masih Ada Kebimbangan

35

Gunatenaga di Kanada meningkat 10,700 orang pada November dalam data yang dikeluarkan semalam. Data positif ini adalah peningkatan selama empat bulan berturut-turut termasuk 43,900 peningkatan yang dicatatkan pada bulan sebelum. Jangkaan penganalisis bagi data kali ini ialah kejatuhan sebanyak 16,500 pekerjaan.

Kadar pengangguran jatuh kepada 6.8% dari 7.0% bulan sebelum, sementara kadar penyertaan dalam keseluruhan tenaga buruh (participation rate) jatuh kepada 65.5% dari 65.8%. Participation rate ialah jumlah tenaga buruh yang sedang bekerja dan aktif mencari pekerjaan di dalam sesebuah Negara.

Walaubagaimanapun, data pada hari ini masih mengecewakan disebabkan kejatuhan dalam jumlah pekerjaan sepenuh masa sebanyak 8,700, manakala pekerjaan sambilan pula meningkat sebanyak 19,400.

Dari segi kiraan tahunan, kejatuhan dicatatkan dalam pekerjaan sepenuh masa sebanyak 0.2%, manakala kerja sambilan meningkat 6.4%.

Peningkatan pekerjaan banyak diusmbangkan oleh sektor perkhidmatan dengan peningkatan 0.2%, sementara dalam industri pengeluaran barang mencatatkan kejatuhan 0.5%. Manakala dalam sektor pembuatan dan pembinaan masing-masing mencatatkan kejatuhan 0.7% dan 1.0%.

Secara keseluruhan, data yang dikeluarkan ini masih mengecewakan dengan penyusutan dalam pekerjaan di sektor pembuatan dan pekerjaan sepenuh masa. Hal ini sebenarnya menggambarkan masalah yang berlaku dalam struktur ekonomi Kanada.

Sejurus data ini dikeluarkan, dolar Kanada menguat secara mendadak, tetapi kehilangan momentum yang menunjukkan Usd/Cad pulih semula dari kejatuhan terendah 1.3250 ke paras 1.3300 dalam pergerakan yang naik-turun (volatile) berikutan data NFP juga dikeluarkan pada masa yang sama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat