Pasaran Pekerjaan New Zealand Melonjak, Nzd/Usd Menguat Pagi Tadi

46

Pasaran pekerjaan New Zealand meningkat lebih pantas daripada jangkaan pada suku pertama apabila negara ini menambah lebih banyak pekerjaan dengan kadar pengangguran yang semakin berkurangan.

Secara keseluruhan jumlah pekerjaan meningkat 1.2% pada suku pertama dengan bacaan sebelum ini dikaji semula dengan hanya naik 0.7% pada suku keempat 2016. Bacaan terkini lebih dari ramalan pasaran 0.8%.

Jika dibandingkan dengan suku pertama 2016, jumlah pekerjaan naik sebanyak 5.7%.

Suasana pekerjaan positif di New Zealand bertambah kukuh dengan kadar pengangguran kini berkurangan kepada 4.9% di mana lebih banyak penduduk memasuki pasaran buruh. Penganalisis hanya meramalkan kadar  pengangguran susut kepada 5.1% dari 5.2% yang direkod pada suku sebelum ini.

Penyertaan tenaga kerja yang merujuk kepada jumlah penduduk yang diambil bekerja atau aktif mencari pekerjaan meningkat kepada 70.6% dalam tempoh Januari sehingga Mac. Dari segi tahunan jumlah penyertaan naik sebanyak 1.8%.

Inflasi gaji atau kenaikan kadar gaji yang merupakan petunjuk utama kenaikan harga, naik 0.4% pada tempoh sama. Dalam tempoh suku pertama 2016 hingga 2017 kadar kenaikan gaji naik 1.5%.

Ramalan ekonomi menunjukkan New Zealand akan berkembang dengan lebih pantas beberapa tahun lagi. Pemulihan ekonomi negara ini jelas dilihat apabila Wellington merekod lebihan dagangan (trade surplus) buat kali pertama bulan lalu sejak sembilan bulan lepas yang disokong oleh eksport produk tenusu dan lampu ke China.

Petunjuk keyakinan perniagaan baru-baru ini menunjukkan 11% daripada syarikat di New Zealand menjangka keadaan akan meningkat 12 bulan akan datang menurut ANZ Bank. Manakala 38% berpendapat prospek perniagaan yang lebih baik tahun ini. Ini menunjukkan perkembangan positif dalam ekonomi New Zealand dengan pasaran pekerjaan yang semakin baik dan juga pelaburan yang semakin meningkat.

Dolar New Zealand melonjak selepas data ini dikeluarkan pukul 6.45 pagi tadi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat