Pasaran Pekerjaan UK Meningkat Lebih Daripada Jangkaan, GBP Melonjak

57

Pasaran pekerjaan begitu memberangsangkan dalam data yang dikeluarkan pada Rabu, meningkatkan semula keyakinan terhadap pengetatan polisi monetari Bank of England (BoE).

Kadar pengangguran berkurangan kepada 4.4% dalam tempoh tiga bulan sehingga Jun dari 4.5% sebelum ini jika dibandingkan dengan ramalan. Kadar semasa 4.4% adalah kadar terendah sejak tahun 1975.

Jumlah pekerjaan meningkat 125,000 dalam tempoh tiga bulan dan setakat ini menambah 338,000 pekerjaan sepanjang tahun ini dengan kadar pekerjaan berada di paras tertinggi 75.1% dari 74.9% sebelum ini.

Tuntutan faedah pengangguran (Claimant count) susut sebanyak 4,200 pada Julai selepas kajian semula kepada peningkatan 3,500 sebelum ini. Jangkaan pasaran bagi data kali ini ialah peningkatan 3,200 tuntutan pada tempoh sama.

Pendapatan purata (Average Earnings) kekal menjadi tumpuan utama dalam set data kali ini, di mana bacaan tahunan dari tahun ke tahun mengukuh kepada 2.1% berbanding jangkaan pasaran 1.8%. Bacaan sebelum ini telah dikaji semula kepada 1.9% dari bacaan sebelum 1.8%.

Jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah Bank of England (BoE) semakin pudar sejak beberapa minggu lalu. Data inflasi pada Selasa juga meleset dari jangkaan pasaran yang meningkatkan sentimen bahawa tiada kenaikan kadar tahun ini.

Elemen utama di dalam laporan pasaran pekerjaan kali ini kukuh daripada jangkaan yang akan meningkatkan keyakinan terhadap prestasi ekonomi UK di masa hadapan. Dengan data ini, sentimen berpotensi cenderung kepada kenaikan kadar faedah walaupun ia semakin pudar sejak beberapa minggu lepas.

Matawang GBP mengukuh selepas data ini dikeluarkan dengan GBP/USD naik hampir 60 pip.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat