Pasaran Saham AS Jatuh Teruk Disebabkan China

816

Tindakan China menurunkan nilai matawang Yuan menyebabkan pasaran saham AS terjejas teruk. Kerajaan China mengurangkan nilai Yuan di bawah paras 7 nisbah 1 untuk kali pertama dalam dekad ini.

Tindakan ini dibuat susulan kenaikan tarif terhadap barangan import yang bakal dilaksanakan bermula September ini. Dengan kejatuhan matawang Yuan, China dapat mengurangkan impak kenaikan tarif yang dikenakan oleh AS.

Indeks Dow Jones merekodkan kejatuhan yang agak besar dengan penurunan sebanyak 767.27 mata atau 2.90% pada paras 25,717.74 mata.

Turut mengalami nasib yang sama indeks S&P 500 yang turun 87.31 mata atau 2.98% pada paras 2,844.74 manakala indeks Nasdaq jatuh 278.03 mata atau 3.47% pada kedudukan 7,726.04 mata.

Melihat kepada situasi ini, China seperti sudah bersedia untuk menggunakan matawang mereka sebagai senjata utama dalam perang dagangan dengan AS. Para pelabur juga khuatir adakah Trump juga bakal melakukan tindakan yang sama seperti China. Jika perkara ini terjadi, ini akan menyebabkan kurangnya kuasa membeli pada penduduk AS.

Trump menyifatkan tindakan China memanipulasi matawang mereka adalah satu kesalahan besar yang melanggar undang-undang. Sebelum ini Trump telah menyelar polisi matawang China dengan melabel negara itu sebagai negara yang memanipulasi matawang namun pihak Perbendaharaan AS tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara itu.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat