Pasaran Saham AS Pamer Petunjuk Positif

545

Indeks niaga hadapan Amerika Syarikat (AS) melonjak hari ini berikutan laporan bahawa Presiden, Donald Trump berkemungkinan dibenarkan keluar dari hospital pada hari ini, sekali gus melegakan seketika ketidaktentuan senario politik yang menyebabkan Wall Street menjunam pada sesi sebelumnya.

Indeks S&P 500 melonjak sebanyak 0.45% pada sesi awal Asia manakala niaga hadapan Nasdaq turut meningkat sebanyak 0.58%.

Pasaran Asia turut mengikut langkah sama apabila niaga hadapan indeks Australia, S&P/ASX 200 meningkat sebanyak 1.16%, Nikkei Jepun melonjak 1.16% dan niaga hadapan Hong Kong iaitu Han Seng meningkat sebanyak 1.38%.

Para pelabur ekuiti dan instrumen berpulangan tinggi yang lain menarik nafas lega berhubung berita kesihatan Trump.

“Bagi pasaran dolar, impaknya tidak begitu ketara. Dolar harus menyusut berbanding kebanyakan mata wang berikutan peningkatan pembelian risk-on tetapi mata wang Yen juga lemah dan merupakan satu-satunya mata wang yang boleh diatasi oleh dollar,” kata pakar strategi kanan mata wang di IG Securities, Jepun.

Emas dilihat meningkat sebanyak 0.1% kepada AS$1,900.92 manakala niaga hadapan Brent melonjak 0.25% kepada AS$39.37 setong.

Trump disahkan positif Covid-19 pada Jumaat lalu dan kakitangan doktornya memaklumkan beliau memberi petanda positif dan boleh kembali ke White House hari ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat