Pasaran Saham Asia Goyah, Niaga Hadapan Wall Street Menyusut

194

Pasaran saham Asia memulakan sesi dagangan sedikit goyah dengan niaga hadapan saham Amerika Syarikat (AS) menyusut ekoran kebimbangan kenaikan kadar.

Niaga hadapan S&P 500 turun 0.6% sementara niaga hadapan Nasdaq Composite jatuh 0.7% dan niaga hadapan bon 10 tahun AS hilang 8 mata.

Selain itu, sekatan (lockdown) yang lebih ketat di Shanghai menambah kebimbangan pelabur mengenai pertumbuhan ekonomi serta kemungkinan kemelesetan.

Niaga hadapan Nikkei Jepun didagangkan rendah 26,745 berbanding tunai yang ditutup pada 27,003 semasa Jumaat.

Penganalisis Barclays berpendapat bahawa beberapa siri kenaikan kadar faedah, komen hawkish disebalik keadaan ekonomi di China dan Eropah yang lemah, selain rancangan sekatan tenaga dari Rusia serta masalah bekalan terus menjadi tumpuan.

Ia secara tidak langsung memberi kesan kepada sentimen pelabur yang bimbang akan tindakan bank-bank pusat yang terpaksa menaikkan kadar disebalik pertumbuhan yang lembab.

Dalam pada itu, pelabur dilihat sedang menantikan laporan harga pengguna AS yang bakal diterbitkan pada Rabu, yang mana diramalkan ia sedikit menurun dan seterusnya mengukuhkan unjuran kenaikan 50 mata asas oleh Federal reserve (Fed) pada Jun kelak.

Menurut penganalisis ANZ, teras inflasi naik 0.4% pada April dan teras indeks harga pengguna (CPI) mencatat 5.6% semasa suku pertama (1Q), dan perkara ini membimbangkan Fed yang akan memaksa tindakan yang lebih agresif bagi memastikan angka teras mencapai paras sekurang-kurangnya 0.2%.

Tambahnya lagi, tekanan inflasi yang dihadapi bukan sahaja memberi kesan kepada Fed tetapi turut menjadi tumpuan utama kepada European Central Bank (ECB).

Ringkasan mata wang, prospek agresif kadar faedah telah mendorong dolar AS memuncak ke paras 20 tahun tertinggi pada 104.070 minggu lepas dan ditutup pada 130.72.

Euro berada pada $1.0534, sedikit tinggi dari paras terendah baharunya pada $1.0481 sementara Yen Jepun berada pada 130.72 berbanding dolar.

Emas kekal pada $1,876 per auns selepas ia gagal mengekalkan trend safe haven-nya baru-baru ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat