Pasaran Saham Buat Rali Mengejut Sementara Euro Raih Keuntungan

131

Petunjuk oleh bank pusat Eropah (ECB) yang akan menaikkan kadar faedahnya telah mendorong lonjakan pada Euro di awal minggu sementara pasaran saham memasuki rali.

Indeks S&P 500 Wall Street dilihat bergerak keluar dari pasaran bear dengan lonjakan 1.86% manakala indeks purata Dow Jones Industrial capai 1.98% dan Nasdaq Composite tambah 1.59% dalam sesi dagangan kurang menentu.

Saham pertumbuhan pula mencanak 1.98% untuk mengatasi kenaikan 1.74% dalam saham bernilai.

Sungguhpun saham Amerika Syarikat (AS) memasuki rali, para penganalisis menyatakan kemerosotan ekuiti belum berakhir.

Menurut ketua ekonomi Mizuho Securities, Steven Ricchiuto, pelabur dibawah ilusi pelonggaran dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) yang boleh menjejaskan pertumbuhan.

Terangnya, pertumbuhan akan menjadi lembab dan Fed tidak dapat menghalangnya walaupun mereka melonggarkan dasar monetari, sebaliknya pasaran ekuiti perlu menyesuaikan diri dengan ketidaktentuan tersebut.

Ahli strategi pasaran global Ameriprise, Anthony Saglimbene turut menyokong dengan menyatakan bahawa bear masih lagi kukuh mengawal keseluruhan pasaran.

Nota Perbendaharaan hasil 10 tahun tambah 7.7 mata asas pada 2.864% selepas menurun lebih 40 mata asas daripada paras tertinggi berbilang tahun sebanyak 3.203%.

Pada sisi berbeza, indeks MSCI seluruh dunia naik 1.54% sungguhpun ia masih dibawah 17% dari rekod tertinggi pada Januari manakala STOXX 600 pan-Eropah meningkat 1.26%.

Menjengah ke pasaran Eropah, keputusan Presiden Christine Lagarde untuk mempercepatkan pemulihan dasar namun menolak kenaikan kadar sehingga kini dalam menghadapi inflasi telah menjadi anjakan kepada Euro.

Prospek kadar yang tinggi mendorong Euro naik 1.24% pada $1.0691 sementara indeks dolar yang mengukur sejumlah mata wang lain susut 0.855% walaupun ia naik 16% ke paras tertinggi 12 bulan pada pertengahan Mei lalu.

Niaga hadapan emas naik 0.3% pada $1,847.80 per auns sementara Bitcoin gugur 3.55% pada $29,189.85.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat