Pasaran Saham Eropah Dibuka Tinggi Pada Khamis, DAX30 Naik 0.68%

45

Pasaran saham Eropah dibuka lebih tinggi pada Khamis dengan pelabur sedang menunggu hasil daripada mesyuarat European Central Bank (ECB) dengan harapan bank pusat ini mengumumkan perancangan seterusnya tentang program pembelian aset.

Semasa dagangan pagi di Eropah, STOXX 600 susut 0.08% setakat pukul 4.21 petang. Indeks ini mengumpulkan 600 syarikat termasuk syarikat besar di 18 negara Eropah yang jika dikumpulkan modal pasaran mencecah sehingga 90% daripada pasaran saham Eropah yang tidak hanya terhad kepada Zon Eropah sahaja.

STOXX 50 iaitu indeks ‘blue chip’ di Eropah pula naik 0.41%. Indeks DAX30 di Jerman pula naik 0.68% di mana FTSE100 yang lebih banyak terdiri daripada syarikat-syarikat komoditi naik 0.11% setakat ini. CAC40 di Perancis pula naik 0.35%.

Pasaran menjangka ECB akan mengekalkan kadar faedahnya, di mana pasaran akan lebih memberi tumpuan kepada komen Mario Draghi dalam sidang media tentang masa depan program pembelian aset oleh ECB.

Selain daripada itu, sentimen pasaran global juga semakin baik apabila Presiden Trump dan pemimpin Kongres bersetuju untuk melanjutkan had hutang kerajaan US sehingga Disember. Trump memeterai perjanjian dengan Demokrat di Kongres untuk menaikkan had hutang Amerika dan memberikan pembiayaan kepada kerajaan sehingga 15 Disember.

“Tarikh hutang siling US dilanjutkan selama tiga bulan dan ia akan menjadi kebimbangan pasaran sekali lagi tahun ini. Namun pasaran menyukainya sebab kita tidak perlu bimbang buat masa ini,” kata Masahiro Ichikawa, strategist di Sumimoto Mitsui Asset Management.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat