Pasaran Saham Eropah Turut Meleset Dengan Peningkatan Risiko Geopolitik

64

Pasaran saham Eropah jatuh pada Rabu dengan majoriti penanda aras prestasi ekuiti Eropah berwarna merah dengan sentimen pasaran ketika ini bertukar kepada risk-off.

Kejatuhan pasaran Eropah dilihat mengikuti jejak langkah pasaran US dan Asia yang meleset selepas Korea Utara mempertimbangkan untuk menyerang Guam yang juga terletaknya pangkalan besar tentera Amerika Syarikat.

Indeks Stoxx 600 yang terdiri daripada 600 saham Eropah jatuh 0.80% setakat pukul 5.56 petang. Dax di Jerman setakat ini jatuh 1.28% di mana hasil German Bund juga turut meleset.

CAC40 di Perancis pula jatuh 1.18% selepas berlakunya insiden di Paris.

FTSE100 di United Kingdom meleset 0.86% dengan indeks Euro stoxx 50 turut meleset sehingga 1.56% setakat ini.

Di Asia, Nikkei ditutup 1.3% lebih rendah dalam penutupan pasaran Rabu di mana pengukuhan Yen memberi kesan kepada pengekspor-pengeksport di Jepun. KOSPI di Korea Selatan pula jatuh sehingga 1.1% ke paras terendah tujuh minggu lalu.

Dalam keadaan seperti ini, pelabur beralih kepada aset safe-haven khususnya jika ada risiko kepada pasaran. Yen mengukuh sehingga hampir 120 pip sejak Selasa, di mana Swiss Franc dan emas turut mendapat permintaan tinggi.

“Dengan peningkatan risiko geopolitik, kita perlu menunggu dan lihat sampai bila pergerakan ini berterusan sebelum meletakkan sebarang ‘position‘,” kata Viraj Patel penganalisis strategi forex di ING London.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat