Pasaran Saham Melemah Dengan Kebimbangan Bacaan Inflasi AS

222

Pasaran saham Asia melemah pada Isnin telah menyebabkan bon meningkat dan saham teknologi menurun ekoran sentimen kebimbangan pelabur mengenai bacaan inflasi Amerika Syarikat (AS) yang bakal menyaksikan kenaikan kadar lebih awal oleh Federal Reserve (Fed).

Niaga hadapan S&P 500 turun 0.2% dan niaga hadapan Nasdaq Composite pada 0.1%.

Indeks meluas MSCI saham Asia-Pasifik luar Jepun mendatar dengan Korea Selatan jatuh 0.7% dan Nikkei Jepun stabil dari kejatuahn 1.0% pada minggu lepas.

Laporan harga pengguna AS yang dikeluarkan pada Rabu menunjukkan inflasi meningkat tinggi pada 5.4% telah membawa Fed untuk mempercepatkan kenaikan kadar dan kadar pengangguran turun 3.9%.

Nota hasil perbendaharaan 10 tahun AS naik ke paras tertinggi yang pernah dicatat pada awal 2020 pada 1.765% yang melonjak 25 mata asas sejak lewat 2019.

Sementara itu, peralihan Fed yang lebih hawkish telah memberi manfaat kepada dolar walaupun terdapat aktiviti pengambilan untung pada Jumaat selepas laporan senarai gaji yang tidak memenuhi jangkaan pasaran.

Indeks dolar kekal pada 95.764 dari penurunan Jumaat pada 0.5% namun mempunyai sokongan pada 95.568.

Euro melonjak pada $1.1354 di atas julat dagangan $1.1184/1.1382 sementara Yen Jepun pada 115.64 apabila dolar berada pada paras 116.34 pada minggu lalu.

Pasaran komoditi menyaksikan emas kukuh pada $1,795 per auns dan harga minyak susut daripada peningkatan 5% pada minggu lalu akibat gangguan bekalan di Kazakhstan dan Libya dimana harga minyak Brent turun 28 sen pada $81.47 dan minyak mentah AS jatuh 36 sen pada $78.54.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat