Pasaran Saham Menanti Data Dari China, Sementara Minyak Naik

208

Pasaran saham Asia dibuka dengan sentimen berhati-hati oleh pelabur ekoran pendapatan Amerika Syarikat (AS) dan data ekonomi China yang dijangka akan memberi kesan terhadap aktiviti sekatan koronavirus.

Indeks meluas MSCI saham Asia-Pasifik luar Jepun berubah sementara Nikkei Jepun melonjak 0.8% selepas mencatat kerugian 1.2% pada minggu lepas.

Niaga hadapan S&P 500 mendatar sementara niaga hadapan Nasdaq Composite susut 0.1%.

Hasil ke atas bon perbendaharaan 10 tahun naik ke paras tertinggi tahunan pada 1.8% sementara niaga hadapan hasil sebanyak 1.83% pada Isnin.

Dalam pada itu, data ekonomi China yang keluar pada Isnin dijangka akan menunjukkan data jualan runcit dan pengeluaran perindustrian semakin perlahan pada Disember sementara ekonomi dijangka berkembang 1.1% pada suku ke-4 walaupun kadar tahunan dilihat perlahan kepada 3.6% dari 4.9%.

Selain itu, mesyuarat dasar Bank of Japan (BOJ) pada minggu ini akan menyemak semula prospek pertumbuhan dan inflasi.

Ekoran daripada itu, Yen meningkat sementara dolar susut 1.2% pada 114.29 namun masih di atas carta sokongan pada 112.52.

Euro naik 0.5% pada US$1.1408 dan indeks dolar mengukuh pada 95.231 selepas mencapai paras 10 minggu pada 94.626 pada Jumaat.

Seterusnya, kadar Federal Reserve (Fed) melonjak 2.5% manakala pasaran menetapkan harga di puncak sekitar 1.75% sehingga 2%.

Harga minyak meningkat buat 4 minggu berturut-turut dan permintaan tong fizikal minyak bertukar tangan pada hampir rekod premium tertinggi.

Harga minyak Brent tambah 51 sen pada US$86.57 setong sementara harga minyak mentah AS kukuh 75 sen pada US$84.57.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat