Pasaran Saham Meningkat Sebagai Tanda Keyakinan Pelabur

236

Pasaran Wall Street masih mengekalkan momentum positif susulan keyakinan pelabur terhadap isu dagangan di antara Amerika Syarikat dan China akan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Indeks Dow Jones ditutup pada 26,362.25 mata, naik 326.15 mata, S&P 500 meningkat kepada 2,924.58 mata, naik 26.64 mata manakala Nasdaq melonjak kepada 7,973.39 mata, naik 116.51 mata.

Saham Apple naik $3.48 kepada $209.01, Facebook naik $3.81 kepada $185.57, Microsoft naik $2.56 kepada $138.12, Disney naik $1.29 kepada $137.84. Namun begitu, saham Johnson & Johnson turun $0.44 kepada $128.24 ekoran isu saman beberapa hari lalu.

Keyakinan pelabur meningkat ekoran komen dari kerajaan China berhubung cadangan untuk meneruskan perbincangan mengenai perjanjian perdagangan dengan AS walaupun pada mulanya mereka bertindak agak agresif yang memberi kesan kepada pasaran saham.

Dalam data ekonomi pula, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua diubah kepada 2% berbanding 2.1% sebelum ini. Defisit di dalam perdagangan Antarabangsa pada Julai kekal $72.3 bilion, lebih rendah daripada jangkaan.

Harga minyak mentah dunia meningkat di mana Brent naik $0.45 kepada $60.38 setong manakala West Texas Intermediate (WTI) naik $0.77 kepada 56.55 setong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat