Pasaran Saham Pamer Pemulihan Selepas Kebimbangan Omicron Reda

329

Tolok pasaran ekuiti dunia meningkat pada Khamis apabila Wall Street bergantung harap bahawa varian Omicron Covid-19 terbukti ringan dan tidak akan menjejaskan pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS) sekaligus membantu dolar mencanak naik dalam dagangan.

Bilangan rakyat AS yang memfailkan tuntutan baharu untuk faedah pengangguran meningkat kurang daripada jangkaan minggu lepas sementara pemberhentian pekerja jatuh ke paras terendah 8-1/2 tahun pada November yang menandakan keadaan pasaran buruh AS semakin ketat semasa ekonomi yang semakin pesat.

Sham cip biru Dow mencatatkan peratusan keuntungan harian terbaiknya sejak Mac dengan Boeing Co menyediakan peningkatan terbesar selepas pihak berkuasa penerbangan China memberi kelulusan kepada pembuat pesawat 737 MAX.

Indeks MSCI seluruh dunia ditutup 0.75% selepas Wall Street meningkat.

Indeks purata Dow Jones Industrial menaik 1.82%, S&P 500 meningkat 1.42% dan Nasdaq Composite menokok 0.83%.

Sementara pelabur AS melihat Omicron bukan kebimbangan utama, saham Eropah susut selepas beberapa negara meningkatkan sekatan untuk mengekang penyebaran varian tersebut dan menimbulkan kebimbangan tentang kesannya terhadap pemulihan ekonomi di Eropah.

Indeks meluas STOXX 600 Eropah jatuh 1.15%.

Indeks dolar yang menjejaki nilai dolar berbanding sekumpulan 6 mata wang lain meningkat 0.096% pada 96.142.

Euro menyusut 0.19% pada $1.1298 sementara Yen Jepun didagangkan menaik 0.36% pada $113.1600.

Hasil perbendaharaan AS meningkat selepas pelabur kembali kepada aset berisiko dengan nota perbendaharaan 10 tahun menokok 1.5 mata asas pada 1.449%.

Kadar pulangan modal TIPS 10 tahun berakhir pada 2.479% telah menunjukkan pasaran melihat purata inflasi kira-kira 2.48% setiap tahun untuk dekad mendatang atau lebih rendah daripada jangkaan baru-baru ini.

Niaga hadapan minyak mentah AS meningkat 93 sen setong sementara niaga hadapan minyak Brent menokok 80 sen pada $69.67 setong.

Niaga hadapan emas AS jatuh 1.2% pada $1,762.70 per auns selepas pelabur mengikuti rancangan Federal Reserve (Fed) untuk mengetatkan dasar monetari dengan lebih cepat daripada jangkaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat