Pasaran Saham Terus Dibayangi Kebimbangan Inflasi & Kadar Faedah

150

Sentimen negatif terus berlegar-legar dalam pasaran ekoran kebimbangan inflasi yang tidak berkesudahan dan prospek kenaikan kadar faedah yang boleh membantutkan pertumbuhan ekonomi.

Namun, saham di pasaran Asia memulakan sesi dagangan hari ini dalam keadaan sedikit baik walaupun terdapat kebimbangan.

Indeks MSCI Asia-Pasifik saham luar Jepun bermula baik pada 0.04% sungguhpun saham Amerika Syarikat (AS) menutupi sesi minggu lalu dengan prestasi kurang memberangsangkan.

Sesi dagangan awal menyaksikan saham Australia naik 0.2% tatkala Nikkei Jepun lonjak 0.85%.

Menjengah prestasi Wall Street pada penutupan lalu, S&P 500 meraih sedikit keuntungan pada 0.01%, indeks purata Dow Jones Industrial naik 0.03% sementara Nasdaq Composite susut 0.30%.

Difahamkan bahawa S&P 500 dan masih dalam kerugian buat 7 minggu berturut-turutnya yang kali terakhir berlaku pada 2001 sementara Dow Jones pula mengalami kejatuhan dalam 8 minggu, penurunan terpanjang sejak Great Depression.

Sementara itu, penanda aras hasil 10 tahun nota Perbendaharaan naik 2.7883% sementara hasil 2 tahun, yang sensitif terhadap jangkaan kenaikan kadar fadah oleh Federal Reserve (Fed), lonjak 2.5869%.

Ringkasan mata wang memperlihatkan dolar naik 0.04% berbanding Yen Jepun pada 127.9 semasa sesi awal dagangan.

Ijmal mengenai komoditi, nota ANZ menyatakan aset safe-haven terus mendapat tempat di sebalik kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi semasa berlakunya kenaikan inflasi dan dolar yang lemah turut meningkatkan selera pelabur.

Spot emas canak 0.3% pada $1847.0226 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat