Pasaran Sedang Menunggu Kerajaan Baru New Zealand, Kiwi Tertekan

44

Dolar New Zealand jatuh mendadak hari ini sementara pasaran menunggu pengumuman Winston Peters pemimpin First Party sama ada memilih menyertai Nasional atau Buruh.

Setakat ini pasangan matawang NZD/USD telah merekod kejatuhan hampir 100 pip sejak pukul 8 pagi tadi sehingga ke paras terendah hari ini.

“Matawang NZD jatuh secara mendadak, di mana pasaran ketika ini bimbang dengan situasi semasa”, kata strategist pasaran di Westpac.

Winston Peters berkata pada Rabu untuk mengumumkan keputusan daripada First Party. Hal ini juga telah menekan NZD pada Rabu.

Mark Johnson, penganalisis di OMF berkata bahawa Kiwi akan memberi reaksi terhadap apa juga keputusan, tetapi pergerakan mungkin hanya sementara. Jika ia jatuh ke bawah, ia hanya terhad kerana tindakan pengambilan untung, kata beliau. Jika ia melonjak ke atas, ia akan menjadi peluang untuk menjual jika mengambil kira kekuatan US dolar ketika ini,” tambah beliau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat