Pasaran Semakin Khuatir, Kemanakah Hala Tuju BTC Pada Hujung Minggu?

1,513

Harga Bitcoin pada hari ini telah jatuh 5.34% dalam tempoh 24 jam yang lalu dengan didagangkan pada paras dagangan $56,762 sebelum naik semula kepada paras dagangan $57,888.70 semasa penulisan. Walaupun begitu, jumlah dagangan harian BTC terus meningkat berlawanan dengan pergerakan harga. Jumlah nilai pasaran dalam masa yang sama telah menurun sebanyak 5.04% kepada $1.07 trilion dalam jangka masa yang sama.

Hal ini membawa indikasi bahawa pasaran kripto terus berhadapan dengan pembetulan harga. Bitcoin telah jatuh 18.25% daripada paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang dicapai pada 10 November iaitu pada paras dagangan $69,000 kepada harga semasa sekitar $57,000.

Pemain pasaran terus memberi tumpuan pada paras halangan terhampir iaitu pada paras $57,500. Melepasi paras halangan ini adalah sesuatu yang penting, jika ia bukan ‘fake breakout’ maka ia mampu memberi sinar harapan bahawa terdapat potensi harga BTC untuk pulih.

Bagi mengesahkan bahawa harga BTC betul-betul mampu pulih dari pembetulan harga ialah pada paras rintangan $58,941. Melepasi paras rintangan ini mampu mendorong BTC melojak ke paras harga tertinggi sepanjang masa $71,075 yang menjadi sasaran.

Indikasi RSI menujukkan bahawa terdapat tanda-tanda terlebih jual menunjukkan pembalikan arah aliran yang mengesahkan prospek yang optimis terhadap BTC.

Kejatuhan harga baru-baru ini didiorong beberapa laporan negatif yang datang dari China dan Amerika Syarikat. Kedua-dua buah negara ini sedang giat menekan industri kripto yang sedang berkembang.

Pada ketika ini pemain pasaran memberi tumpuan lebih pada paras harga dagangan BTC pada $58,941 kerana kegagalan untuk menembus paras halangan ini akan mendorong kejatuhan kepada paras sokongan $55,134.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat