Pasaran Semakin Panik – Lira Turki Mengalami Krisis!

3,700

Matawang Lira Turki berhadapan dengan krisis apabila Lira Turki susut dengan banyak pada hari Selasa kepada paras dagangan 13.44 berbanding US dolar.

Penganalis strategi pasaran Tim Ash berpendapat bahawa pasaran sedang gawat dan ia juga membawa indikasi bahawa dasar monetari Turki sedang kacau bilau. Lira didagangkan pada 12.7272 berbanding US dolar pada hari Selasa dan turun sekitar 15% untuk suatu jangka waktu yang sebentar.

Penjualan itu dicetuskan selepas Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mempertahankan pemotongan kadar faedah bank pusatnya yang berterusan di tengah-tengah peningkatan inflasi dua digit. Beliau mengelar langkah itu sebahagian daripada “perang ekonomi kemerdekaan,” menolak pandangan para pelabur dan penganalisis yang menyokong perubahan kadar faedah.

Inflasi di Turki kini hampir 20%, yang bermaksud harga barangan asas untuk Turki melonjak dengan tinggi sehingga membuatkan rakyat terbeban.

Pada tahun 2019, Lira didagangkan secara kasar 5.6 berbanding US dolar. Ia merupakan penurunan nilai dramatik dari tahap pertengahan 2017 sebanyak 3.5 berbanding US dolar.

Matawang Lira telah menunjukkan trend menurun sejak awal tahun 2018, berikutan isu geopolitik, defisit akaun semasa, rizab matawang yang berkurangan dan hutang yang semakin meningkat.

Erdogan telah lama menerangkan kadar faedah sebagai “musuh,” menolak pandangan mainstream ekonomi dengan menegaskan bahawa menaikkan kadar sebenarnya memburukkan inflasi.

Kemerosotan tajam yang terakhir bermula pada Khamis lepas apabila bank pusat memotong kadar sebanyak 100 mata asas kepada 15%. Bank pusat telah mengurangkan kadar sebanyak 400 mata asas sejak September sahaja.

Menurut agensi penarafan Fitch, pada bulan Ogos 57% daripada hutang kerajaan pusat Turki adalah dalam mata wang asing. Dengan kejatuhan nilai ia akan menyukarkan pembayaran.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat