Pasaran Semakin Parah, 5 Syarikat Teknologi Terkemuka Dunia Rugi Lagi!

1,667

Wabak coronavirus semakin merebak hingga mengakibatkan krisis ekonomi tercetus di seluruh dunia. Sebelum ini, 5 buah syarikat teknologi terkemuka yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Amazon, Apple, Alphabet, Facebook dan Microsoft didakwa telah mengalami kerugian lebih $320 bilion akibat Black Monday.

Terbaru, mereka dikhabarkan mengalami kerugian lebih besar pada semalam iaitu sebanyak $416.63 bilion! Saham Apple telah jatuh 9.88% dan Facebook merosot 9.30%. Selain itu, saham Alphabet telah mencatatkan kejatuhan sebanyak 8.2% manakala Amazon susut 7.98% serta Microsoft merekodkan penurunan 9.48%.

Hal ini demikian kerana kebimbangan para pelabur yang berterusan akibat penyebaran coronavirus dan potensinya mempengaruhi ekonomi semasa. Tambahan daripada itu, mereka lebih menfokuskan kepada pengurangan perbelanjaan yang akan dilakukan oleh para pengguna dan perniagaan jika ekonomi terus meleset.

Di samping itu, mereka turut bimbang berkenaan sekatan rantaian bekalan yang memberi kesan terhadap pembuatan produk.

Sementara itu, kelima-lima syarikat tersebut telah mengalami kemerosotan pada tahun 2020. Facebook mencatatkan penurunan sebanyak 24.7%, Google jatuh 17.0%, Microsoft susut 11.8% manakala Amazon merosot 9.3%. Bukan itu sahaja! Dow Jones Industrial Average juga mengalami kemerosotan 10% iaitu 2,352.60 mata kepada 21,200.62, kejatuhan terbesar dalam tempoh 24 jam sejak krisis pasaran ‘Black Monday’.

S&P 500 juga jatuh sebanyak 9.5% kepada 2,480.64 mata, rekod terburuk sejak 1987 manakala Nasdaq Composite merosot 9.4% kepada 7,201.80 mata.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat