Pasaran Semakin Pulih? Whales Berlumba Beli Semua Kripto Ini!

835

“Whales mula aktif, adakah ini tanda-tanda pasaran kripto sedang bullish?”

Pasaran mata wang kripto pulih semula apabila had pasarannya secara global telah lonjak kembali melebihi 1 trilion dan whales pula yang aktif membeli atau berdagang aset digital menyebabkan Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) melihat pendakian.

Meskipun begitu, Shiba Inu (SHIB), Polygon (MATIC) dan Decentraland (MANA) merupakan antara aset digital yang paling banyak dilabur oleh top whales ETH.

MATIC adalah kontrak pintar kerap digunakan di kalangan top 5,000 whales ETH susulan rangkaiannya melaksanakan naik taraf dan hard fork untuk pengurangan bayaran gas termasuk mengemas kini semula ekosistem.

Melalui pemerhatian, whales didapati membeli sebanyak 59 MATIC bernilai $56 juta sebelum harganya canak 20% dan meneruskan kenaikan 7% capai paras $1.19.

Selain itu, whales dilaporkan mula membeli SHIB ketika pembangun utama memecoin tersebut yang bernama Shytoshi Kusama berhasrat melancarkan Shibarium Beta pada 14 Februari 2023, di mana setakat ini harganya berada pada paras $0.00001193 dalam tempoh 24 jam lalu.

Suka dimaklumkan juga bahawa MANA yang mengembangkan aktiviti pembangunan sejak beberapa minggu kebelakangan ini telah melonjakkan harganya hampir 15% tetapi kini susut sedikit pada zon $0.7875.

MANA ialah top 10 aset digital yang dibeli oleh 100 whales terbesar dan paling banyak dibeli dalam kalangan top 100 whales ETH dalam tempoh 24 jam terakhir.

Dalam pada itu, whales BNB Smart Chain (BSC) telah melabur dalam Dogecoin (DOGE), Cardano (ADA) termasuk AAVE dan kesemua aset digital itu adalah top 10 token dibeli 500 whales BSC terbesar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat