Pasaran Senang Hati Selepas Laporan Tuntutan Faedah Pengangguran A.S Dikeluarkan!

480

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan awal untuk faedah pengangguran pada minggu lepas dilaporkan mencatat paras terendah sejak krisis pandemik berikutan pengambilan pekerja yang berterusan walaupun kadar yang perlahan.

Jumlah tuntutan yang dilakukan untuk memperoleh faedah pengangguran mencatat sebanyak 712,000 unit pada minggu lalu berbanding anggaran ahli ekonomi yang menjangkakan jumlah tuntutan pengangguran turun kepada 780,000. Angka minggu sebelumnya telah dinilai semula mejadi 787,000 berdasarkan laporan Tenaga Kerja A.S.

Secara keseluruhan, jumlah tuntutan pengangguran telah menunjukkan trend kejatuhan daripada bacaan tertinggi 6.9 juta pada akhir Mac.Jumlah tuntutan kini telah jatuh mendadak turun 569,000 kepada jumlah akhir 5.52 juta.

Laporan ini dikeluarkan menjelang laporan NFP bagi bulan November. Pasaran menjangkakan pertumbuhan gaji sebanyak 440,000 dan kadar pengangguran turun kepada 6.7%.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang lain susut sebanyak 0.44% kepada paras tukaran 90.713 setakat jam 9.55 p.m.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat