Pasaran Sudah TIdak Terkesan Terhadap Varian Omicron? Ini Perkara Yang Perlu Diketahui!

853

US dolar pada hari ini didagangkan stabil dengan menunjukkan tidak banyak turun naik dalam pasaran dengan pasaran mula berani untuk mengambil risiko. Walaupun begitu perdagangan Euro-US dolar kekal menunjukkan turun naik kerana pasaran sudah mula mempertimbangkan komen hawkish dari the Fed dan risiko yang berkaitan varian Omicron.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback tidak mencatat banyak perubahan dan kini didagangkan susut sebanyak 0.21% kepada paras dagangan 95.775.

Dalam masa yang sama, pasaran saham global dan matawang berisiko telah mula mencatat pemulihan daripada kerugian sesi sebelumnya kerana pasaran menjangkakan bahawa penularan varian Omicron tidak akan menjejaskan pemulihan ekonomi. Walau bagaimanapun, turun naik dalam pasaran matawang kekal tinggi terutama dalam matawang euro.

Pakar strategi ING menyatakan bahawa turun naik euro-us dolar kerana varian Omicron dilihat sebagai positif kepada euro berikutan ia dapat memperlahankan pengetatan Fed. Manakala kenyataan Powell (inflasi adalah kebimbangan utama Fed) dilihat sebagai negatif untuk euro.

Matawang Euro mengukuh sebanyak 0.05% berbanding US dolar dengan didagangkan pada paras dagangan 1.1339.

Pada hari Selasa semalam, pasaran dikejutkan dengan komen dari Moderna yang menyatakan bahawa vaksin sedia ada berkemungkinan tidak berkesan terhadap varian Omicron berbanding varian lain menyebabkan pemain pasaran beralih kepada aset kurang berisiko.

Disisi lain, ketua eksekutif BioNTech menyatakan bahawa vaksin yang dikeluarkan mereka dengan kerjasama Pfizer berkemungkinan efektif bagi varian Omicron.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat