Pasaran Sunyi Tanpa Faktor Pemangkin, USD Pula Merosot!

230

US dolar kekal bergerak suram pada sesi Eropah memandangkan pelabur mengelak daripada mengambil risiko menjelang data inflasi Amerika Syarikat pada Rabu.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, dolar greenback didagangkan susut manakala hasil bon AS 10 tahun pula kekal bergerak mendatar pada sekitar tahap 2.77%.

Mata wang berkaitan komoditi antara yang mendapat manfaat daripada situasi ini, memperlihatkan dolar Aussie, Kanada dan New Zealand didagangkan lebih tinggi walaupun di tengah-tengah kesuraman dagangan minyak mentah.

Sementara itu, memetik kepada tinjauan yang dibuat Institut Penyelidikan Pekerjaan (IAB), ekonomi Jerman dijangka akan kehilangan lebih $260 bilion dalam nilai tambah pada 2030 disebabkan harga tenaga yang tinggi dan perang berterusan di Ukraine.

Bagaimanapun, euro mengetepikan kebimbangan tersebut dengan didagangkan lebih tinggi berbanding US dolar yang suram.

Dagangan pound juga sedikit meningkat walaupun pembuat dasar Bank of England (BOE), Dave Ramsden mengatakan beliau tidak menolak senario bahawa ramalan kemelesetan oleh bank pusat boleh mendorongnya untuk membalikkan haluan pada kadar faedah tahun depan.

Memandangkan tiada data berimpak tinggi akan dikeluarkan hari ini, US dolar dijangka kekal lemah berikutan kewaspadaan pelabur sementara menantikan terbitan data harga pengguna AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat