Pasaran Tak Menentu Sebab Inflasi AS, USD Tiba-tiba Meliar!

292

Bacaan terbaru inflasi Amerika Syarikat telah mencetuskan pergerakan ‘liar’ dalam pasaran yang menyaksikan lonjakan dan junaman US dolar.

Indeks harga pengguna (CPI) tahunan AS menurun lebih perlahan daripada dijangkakan pada September dengan catatan 8.2% daripada 8.3% sebelumnya, berbanding jangkaan untuk susut kepada 8.1%.

Sementara pada asas bulanan, CPI meningkat 0.4% melebihi jangkaan untuk peningkatan 0.2% dan lebih tinggi daripada bacaan pada Ogos 0.1%.

Inflasi teras (tidak termasuk harga makanan dan tenaga) pula kekal meningkat 0.6% berbanding bacaan terdahulu, tersasar daripada jangkaan untuk peningkatan 0.4%.

Hal ini secara tidak langsung, menguatkan jangkaan pasaran untuk melihat satu lagi kenaikan 75 mata asas oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat polisi November.

Ini sekali gus memacu lonjakan US dolar sebaik sahaja data dikeluarkan, sebelum ia kembali merosot lebih rendah tidak lama selepas itu.

Kemerosotan ini mungkin dipengaruhi oleh pengambilan untung oleh pelabur selepas mendorong mata wang gergasi ke paras tertinggi 2 minggu.

Bagaimanapun, pelabur perlu berwaspada memandangkan US dolar masih kuat dalam jangka panjang disebabkan faktor-faktor sentimen pasaran yang menyokongnya.

Antara mata wang yang paling terkesan dengan lonjakan USD adalah yen yang menjunam ke paras terendah terbaharu sejak 1990.

Dalam pada itu, pound pula mendaki lebih tinggi susulan laporan yang mengatakan kerajaan UK mungkin akan membuat perubahan dalam pelan fiskalnya yang diumumkan bulan lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat