Pasaran Tenang Menjelang Ucapan Powell Pada Sesi New York

407

Pada sesi Eropah, raja matawang kekal diniagakan stabil selepas sedikit susut dari paras ketinggian satu tahun yang dicapainya pada akhir dagangan minggu lalu.

Ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell akan menjadi tumpuan pasaran pada sesi New York untuk mendapatkan petunjuk mengenai pandangan terbaru dari bank pusat susulan bacaan data pekerjaan NFP yang kuat.

Ketika mesyuarat polisi FOMC minggu lalu, Powell mengatakan bank pusat masih mahu menunggu sebelum naikkan kadar faedah dan memberi fokus untuk mengurangkan pembelian bon bulanannya terlebih dahulu.

Selain Powell, Presiden Fed New York John Williams, Naib Pengerusi Fed Richard Clarida, Gabenor Fed Bowman dan Gabenor Bank Pusat England (BOE) Andrew Bailey juga akan berucap pada persidangan yang sama.

Ketika penulisan, dolar greenback diniagakan meningkat pada 94.35 berbanding enam matawang utama yang lain.

Matawang euro pula sedikit berubah berbanding dolar greenback dengan didagangkan tidak jauh dari paras terendah 15 bulan yang disentuhnya pada Jumaat lepas.

Sementara matawang pound pula terus terjerat dalam kemelut Brexit yang tidak berpenghujung, selain turut ditekan oleh kekecewaan terhadap keputusan Bank Pusat England (BOE) yang mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat polisi terbarunya.

Di sisi lain, dolar Aussie dan kiwi masih bergelut untuk membebaskan diri dari paras terendah mingguan selepas ditekan oleh dagangan US dolar yang kuat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat