Pasaran Tidak Menentu – PM Jepun, Kishida Akhirnya Dedahkan Langkah Susulan Tangani Inflasi!

502

Kenyataan terbaru menujukkan Jepun bersedia untuk mengambil langkah untuk menawarkan rangsangan selanjutnya berikutan ketidaktentuan dalam pasaran ekonomi dan kewangan yang timbul berhubung krisis Ukraine, kata penggubal dasar pada hari Selasa, dengan parlimen meluluskan rekod bajet negeri berjumlah $900 bilion untuk tahun fiskal akan datang.

Pelulusan bajet $900 bilion melalui parlimen membuka jalan kepada pentadbiran Perdana Menteri Fumio Kishida untuk menawarkan satu lagi pakej rangsangan bagi membantu isi rumah dalam berhadapan dengan kenaikan bil makanan dan bahan api.

Kerajaan telah mencadangkan pemberian bayaran tunai kepada pesara berpendapatan rendah sebagai langkah untuk meringankan beban rakyat melalui subsidi dan insentif cukai untuk pengguna. Menteri Kewangan Shunichi Suzuki juga berkata beliau akan bertindak balas mengikut kesesuaian jika langkah tambahan diperlukan, walaupun beliau menyatakan bahawa beliau belum mempertimbangkan untuk bajet rangsangan tambahan buat masa sekarang.

Parlimen telah meluluskan pakej 107.6 trilion yen ($900 bilion) untuk tahun fiskal 2022. Para penggubal undang-undang menyuarakan aduan tentang perbelanjaan besar untuk membantu mengatasi tekanan ekonomi ketiga terbesar dunia itu akibat pandemik COVID-19.

Namun begitu, Kishida pada minggu lalu menyatakan kerajaan bersedia untuk mengambil langkah lebih lanjut untuk mengurangkan impak daripada peningkatan kos tenaga. Disisi lain, parti pembangkang juga senada dengan hal ini dimana ketua parti pembangkang Yuichiro Tamaki telah menggesa pakej rangsangan baharu bernilai 20 trilion yen dengan andaian bahawa Jepun sudah pun mengalami stagflasi.

Pertumbuhan ekonomi dijangka akan sedikit terbantut pada suku ini dengan penularan Covid-19 dan krisis geopolitik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat