Pasaran Tidak Yakin Dengan US Dolar? – Bitcoin Terus Meroket!

704

Harga bitcoin melonjak hampir 2 kali ganda dalam tempoh 8 minggu baru-baru ini kerana didorong oleh pengumuman beberapa syarikat besar mula memborong matawang crypto untuk melindung nilai daripada inflasi.

Permintaan terhadap matawang crypto ini dijangka akan terus meningkat dengan jangkaan bahawa inflasi akan mencapai paras tertinggi 19 bulan. Unjuran kadar inflasi jangka panjang dalam tempoh 10 tahun diramalkan akan meningkat kepada 1.85% iaitu paras tertinggi sejak Mei 2019.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama dilihat hampir mencapai paras tukaran 91.00 iaitu paras yang dicatat pada bulan April 2018.

Faktor-faktor seperti ini telah mendorong institusi dan para pelabur membeli aset safe haven seperti emas. Namun tahun ini, para pelabur lebih cenderung untuk membeli bitcoin.Segelintir penganalisis seperti Michael Saylor yang merupakan ahli strategi berpendapat bahawa bitcoin adalah simpanan aset nilai yang lebih baik daripada emas.

Disisi lain, Morgan Stanley meramalkan penurunan 10% dalam matawang US bagi tempoh 12 bulan akan datang. Harga Bitcoin dari paras rendah $ 3,867 yang dicatat pada bulan Mac kepada paras harga $ 19,920 pada ketika ini.

Bitcoin telah mencapai julat harga perdagangan antara $ 18,000 hingga $ 20,000 dalam masa dua hari. CEO firma pengurusan aset BlackRock, Laurence D. Fink memberitahu bahawa matawang crypto Bitcoin (BTC) telah menjadikan dolar AS tidak lagi relevan walaupun ia masih belum digunakan dalam pasaran dunia.

Emas juga terus mengukuh setelah meningkat ke paras ketinggian satu minggu diangkat oleh harapan terhadap lebih banyak langkah rangsangan coronavirus akan dilaksanakan oleh Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat