Pasaran Waspada, Minit FOMC Kini Jadi Fokus!

569

Dolar greenback bergerak mendatar pada sesi Eropah ketika pelabur mengambil langkah berhati-hati menuju penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada sesi New York.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback mengukuh pada sekitar paras tertinggi 2 bulan pada 103.50.

Pengukuhan greenback telah menekan pesaing utamanya untuk didagangkan lebih rendah.

Antara yang menjadi fokus utama pelabur pada hari ini adalah dolar New Zealand yang menjunam parah selepas bank pusat memberi isyarat untuk menghentikan kenaikan kadar.

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) telah menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 5.50% pada mesyuarat polisi terbarunya.

Sementara itu, mata wang pound pula mempamerkan pergerakan tidak menentu ketika pelabur masih menilai data terbaru yang menunjukkan inflasi UK menurun ketara tetapi kekal tinggi pada bulan April.

Pelabur kini berbelah bahagi sama ada Bank of England (BOE) akan terus menaikkan kadar faedah atau menghentikannya selepas melihat data terbaru yang dikeluarkan.

Selain itu, euro menyentuh paras terlemah dua bulan berbanding greenback dengan pelabur kini memberi tumpuan kepada ucapan Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde.

Dalam pada itu, pelabur akan terus mengikuti perkembangan mengenai drama siling hutang Amerika Syarikat yang masih belum mencapai kata sepakat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat