Pasca FOMC, Adakah Ada Sinar Untuk BTC Meroket Kembali?

880

Para pelombong Bitcoin yang menjadi pemain penting dalam pasaran didapati tidak menjual pegangan Bitcoin yang dilombong berdasarkan laporan oleh Arcane Research.

Penganalisis dan penyelidikan matawang kripto menjelaskan rasional di sebalik strategi pengumpulan pelombong mereka, dimana antaranya kerana pelombong bitcoin yang tersenarai di bursa mahu pegangan/stok mereka berkait rapat dengan harga Bitcoin.

Dalam jangka masa panjang, korelasi yang lebih besar dengan kripto penanda aras akan menarik pelabur yang mencari pendedahan terhadap Bitcoin secara tidak langsung. Syarikat perlombongan Bitcoin memiliki matlamat untuk bertindak sebagai pelancar dalam pelaburan Bitcoin dengan membantu para pelabur terdedah kepada Bitcoin tanpa memegang aset kripto secara langsung. Oleh itu, mereka berhasrat untuk membina perbendaharaan bitcoin untuk lebih dikaitkan dengan harga bitcoin berdasarkan laporan tersebut.

Dalam laporan berbeza berdasarkan data on-chain, terdapat indikasi bahawa adanya momentum bullish untuk Bitcoin. Selepas pengumuman FOMC, Santiment menyatakan melalui tweet mereka bahawa berdasarkan analisis tingkah laku pasaran dalam rantaian menyatakan bahawa kenaikan kadar pertama sejak 2018 membawa kepada lantunan harga dalam Bitcoin dan lonjakan dalam altcoin.

Menurut Santiment, ini adalah satu pentanda baik kerana pasaran “sebahagiannya” bersedia untuk langkah yang dirancang oleh FOMC. Selepas pengumuman kenaikan kadar 0.25% dalam kadar faedah, harga Bitcoin melonjak ke paras tertinggi dalam sehari kepada $41,348. Pasaran kripto mencatat peningkatan sebanyak 2.98% dalam tempoh 24 jam.

Data menunjukkan potensi pertumbuhan yang lebih mampan dalam harga Bitcoin pada hari-hari akan datang. Hal ini terutamanya kerana FOMC merancang sehingga enam lagi kenaikan kadar dalam rancangannya untuk pasaran AS pada tahun 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat