Pasca Mesyuarat Julai FOMC: Yen Kembali Bangkit!

74

Yen mencatat peningkatan pada hari Khamis berikutan spekulasi terhadap BoJ yang dikatakan tidak akan mengumumkan sebarang rangsangan radikal pada minggu ini. Manakala US Dollar telah sedikit merosot setelah Fed mengumumkan tiada kenaikan kadar dalam jangka masa terdekat.

Dollar melemah 0.5% kepada 104.92 yen. Manakala Euro adalah 0.3% lebih rendah, iaitu pada angka 116.19 yen, menjelang mesyuarat dasar BoJ yang bermula Khamis.

“Pasaran seolah-olah sudah bersedia untuk menghadapi kekecewaan,” kata Bart Wakabayashi, Ketua Jualan Hong Kong FX di State Street Global Markets, Tokyo.

Perdana Menteri Jepun akan melancarkan pakej rangsangan yang bernilai $ 265 billion pada hari Rabu. Perkara ini menambah tekanan kepada bank pusat untuk memadankan pengumuman ini dengan langkah-langkah rangsangan monetari.

“Saya rasa, (Gabenor BoJ, Haruhiko) Kuroda memahami bahawa seluruh dunia sedang memerhatikan mereka,” komen Menteri Ekonomi Nobuteru Ishihara yang dipetik oleh media Jepun beberapa jam selepas pengumuman rangsangan kerajaan.

Pergerakan yen dan pertimbangan politik boleh menjadi faktor penentu bagi BoJ. BoJ dilihat lebih memilih untuk memulihkan dasar dalam hal ekonomi Jepun agar tidak menjadi lebih teruk.

Selain itu, pelabur dilihat sentiasa menilai langkah yang diambil  dari bank pusat. Ahli strategi mengatakan yen boleh menjadi sangat volatile pada Jumaat.

“Pelabur bukan sahaja akan meneliti  kenyataan itu, bahkan sidang akhbar oleh Kuroda selepas pengumuman dibuat juga merupakan petunjuk untuk dasar masa depan,” kata Kumiko Ishikawa, Penganalisis Kanan di FX Gaitame.Com Research Institute di Tokyo.

Tinjauan Citi terhadap pelanggan dan institusi kewangan awal bulan ini menunjukkan 80% menjangkakan penurunan Dollar berbanding yen.

Sementara itu, Fed berkata pada hari Rabu, mereka kurang bimbang terhadap apa apa kejutan terhadap ekonomi Amerika Syarikat. Mereka juga ditanya tentang cadangan bagi peningkatan kadar, seawal bulan September.

“Risiko jangka masa terdekat bagi prospek ekonomi telah berkurangan,” kata penggubal dasar Fed.

Namun, pengumuman dari bank pusat itu tidak mencukupi untuk mengukuhkan jangkaan bahawa mereka telah bersiap sedia untuk menaikkan kadar faedah bila-bila masa tidak lama lagi.

“Jika ekonomi Amerika Syarikat terus berkembang disebalik keadaan tidak menentu sekarang, kelemahan dalam pasaran buruh akan berkurangan. Kami juga menjangkakan Fed akan merangka satu kenaikan kadar sebelum akhir tahun ini, kemungkinan besar pada bulan Disember,” tulis ahli strategi di Rabobank.

“Bagaimanapun, tiada risiko kenaikan kadar oleh FOMC bakal dicatat pada Disember adalah besar,” kata mereka.

US Dollar Index pula dicatat merosot 0.5% kepada 96.589.

Dalam masa yang sama, Euro mendaki tangga untuk kenaikan 0.1% lebih tinggi kepada $ 1.1073.

Disamping itu, Dollar Australia naik 0.4% selepas merekod penurunan pada sesi sebelumnya. Hal ini berikutan angka inflasi yang melemah dirmal bakal memotong kadar faedah pada minggu depan.

RBA akan mengadakan kajian dasarnya pada 2 Ogos akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat