Pasca Pilihanraya UK, Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini?

88

Begitulah tamatnya pilihanraya di UK yang telah mengesahkan Parti Konservatif kehilangan majoriti. Keputusan menunjukkan Konservatif mendapat 318 kerusi berbanding 326 yang diperlukan untuk majoriti mudah di mana Parti Buruh pula mendapat 261 kerusi.

Parti Konservatif masih boleh membentuk kerajaan tetapi memerlukan sokongan daripada parti lain walaupun parti-parti kecil.

Oleh itu, berbanding sebelum ini di mana Konservatif adalah majoriti di Parlimen, kini terdapat ketidaktentuan dalam pentadbiran kerajaan khususnya yang melibatkan rundingan Brexit pada 19 Jun.

Berikutan kekalahan Parti Konservatif, terdapat spekulasi bahawa Perdana Menteri akan meletak jawatan tetapi ini disangkal sendiri oleh Theresa May. “Saya tiada niat untuk meletak jawatan,” kata May.

Sebarang desakan untuk Theresa May meletak jawatan adalah satu ketidaktentuan kepada rundingan Brexit dan akan menyebabkan rundingan ditangguhkan dan gagal diselesaikan dalam masa tempoh dua tahun.

Dengan Konservatif gagal mendapat majoriti dan gagal mengukuhkan kedudukan mereka, akan timbul spekulasi bahawa UK akan merundingkan ‘Soft-Brexit‘ yang mana akan menyokong gambaran ekonomi negara ini dalam jangka panjang.

Terdapat juga pengurangan kerusi yang mengejutkan di Scotland di mana Scottish National Party (SNP) yang diketuai oleh Nicola Sturgeon turut gagal mengukuhkan kedudukan beliau. Hal ini sudah tentu melemahkan potensi referendum kemerdekaan Scotland yang kedua dan mengurangkan ketidaktentuan dalam pasaran UK.

Apabila kita melihat Konservatif gagal mendapat majoriti dalam pilihanraya kali ini, Gbp/Usd sekali lagi jatuh petang tadi. Namun, dalam tempoh ini pasaran akan menjadi tidak menentu sebelum mendapat bayangan apa yang akan dilakukan kerajaan baru dalam rundingan Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat