Pasti Ada Yang Tertanya, Kenapa USD Boleh Naik Balik Ni?

699

Kenaikan US dolar terus menghiasi sesi dagangan Asia selepas meraih keuntungan pada Rabu yang menyaksikan raja matawang utama itu kembali meningkat dari tahap terendah 4 bulan berbanding pesaing utamanya.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama diperdagangkan meningkat di sekitar harga 90.10.

Sebaliknya, hasil bon AS 10 tahun terus bergerak lemah di sekitar tahap 1.58%. Ini memberi indikasi bahawa para pelabur mula mempercayai bahawa Federal Reserve (Fed) akan mengekalkan dasar monetari semasa walaupun inflasi meningkat.

Dolar greenback mendapat keuntungan ketika para pelabur bersiap untuk mengakhiri dagangan bulan ini dengan pengambilan untung terhadap beberapa matawang utama menjelang penghujung minggu.

Euro susut rendah di bawah harga 1.22000 susulan kebangkitan semula US dolar. Pembuat dasar Bank Pusat Eropah (ECB), Fabio Panetta mengatakan bahawa beliau tidak melihat tanda-tanda inflasi bergerak ke atas dan masih terlalu awal untuk menarik langkah rangsangan.

Sementara itu, matawang pound juga menyusut lebih rendah, dengan pergerakan harga bergelut untuk mempertahankan kedudukan di atas 1.41000 berbanding USD. Perselisihan faham mengenai protokol Ireland Utara kembali menekan dagangan matawang itu untuk membataskan kenaikan.

Dalam pada itu, dolar Kanada didagangkan merosot walaupun dagangan minyak mentah stabil. Bagaimanapun, matawang itu masih menguat di sekitar paras ketinggian hampir 3 tahun.

Tumpuan pasaran seterusnya akan disasarkan kepada penerbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS yang menunjukkan anggaran awal pada malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat