Pasukan Bola Sepak Gergasi Dunia FC Barcelona Ditaja FBS?

275

FBS Bersinar Sebagai Rakan Perdagangan Rasmi FC Barcelona

Mulai dari Januari 2020, FBS menjadi rakan perdagangan rasmi FC Barcelona. Perjanjian untuk tempoh empat tahun telah ditandatangan dan ia menjanjikan peluang untuk para pedagang dan peminat.

Kerjasama ini telah diumumkan secara rasmi di sebuah majlis di stadium Camp Nou yang disertai oleh lagenda Barça, Juliano Balletti, Ahli Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab untuk Hal Ehwal Komersil FC Barcelona, En. Josep Pont, dan СMO FBS En. Ali Heder. Para perwakilan telah berjabat tangan dan menyatakan harapan masing-masing tentang matlamat di masa hadapan. Perjanjian ini menandakan permulaan usahasama dalam mempromosikan nilai-nilai syarikat dan program bersama yang melibatkan paduan dua komuniti yang terdiri dari jutaan jiwa – baik di web dan juga di padang.

 

Ali Heder, Ketua Pegawai Pemasaran FBS:

Kerjasama dengan FC Barcelona adalah satu lembaran baru yang mengujakan dalam sejarah FBS. Kami berkongsi cita-cita yang sama: tatkala Barcelona berusaha untuk menjadi nama #1 dalam arena bola sepak, FBS menyasarkan untuk menjadi pendahulu global dan nama yang sinonim dengan kejayaan dalam dunia pelaburan dalam talian.

Kami yakin kerjasama ini akan membantu kedua-dua pihak untuk mencapai lebih jauh lagi dan menjadi perhatian di arena masing-masing. Buat masa ini, FBS sedang merealisasikan beberapa idea promosi dan projek tanggungjawab sosial – sebagai pakar pelaburan, kami tahu bahawa usaha yang dilakukan dengan penuh semangat dan didukung oleh sekutu yang kuat memberikan pulangan yang terbaik.

Perjanjian di antara FBS dan gergasi bola sepak Eropah ini menandakan satu pertumbuhan yang luar biasa kerana penglibatan korporat dalam sukan mega hanya dapat dilakukan oleh bisnes-bisnes antarabangsa yang menjadi tanda aras industri. Bermain di arena seperti ini akan membawakan peluang besar kepada rakaniaga bebas FBS, di mana para pelanggan akan meraih banyak manfaat berkerja dengan syarikat yang terjalin dengan kelab bolasepak #1 di Eropah.

FBS ialah sebuah broker yang giat beraksi di pentas antarabangsa dan berkhidmat untuk para pelanggannya di Asia, Amerika Latin, Eropah dan MENA (Timur Tengah dan Afrika Utara). Fokus utamanya adalah pada penawaran produk-produk kewangan yang melibatkan matawang, logam berharga, CFD, dan perdagangan saham untuk pelbagai segmen pelanggan dari latar belakang dan matlamat yang berbeza. Syarikat ini menawarkan penyertaan yang dipermudahkan, aplikasi berkualiti tinggi, dan jaringan perdagangan sosial yang besar. Setelah lebih 10 tahun di dalam industri, broker ini telah merangkul 50 anugerah antarabangsa, termasuk Broker Forex Antarabangsa Terbaik, Jenama Forex Terbaik, dan Broker Forex Eropah Paling Progresif.

Anda mungkin juga berminat