Patah Sayap, EUR/USD Tak Jadi Terbang Lebih Tinggi

202

US dolar kembali paparkan semula pengukuhannya pada dagangan Rabu semalam untuk mengurangkan kerugian yang dialami pada hari sebelumnya.

Penganalisis pasaran menilai sentimen pasaran yang kembali berisiko dengan penurunan semula pada pasaran saham, dengan indeks-indeks utama Wall Street kembali ‘merah’.

Tarikan terhadap mata wang safe-haven kembali meningkat semula menyokong pengukuhan awal US dolar menuju ke penghujung minggu.

Sementara mata wang Euro pula pamer penyusutan semula selepas bacaan akhir bagi data indeks harga pengguna Eropah diterbitkan pada 7.4%.

Pengukuhan semula US dolar dilihat membantutkan momentum Euro sebelum ini yang disuntik dengan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh bank pusat Eropah (ECB).

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang telah mencapai kenaikan di paras ketinggian 1.05600 kembali papar corak penurunan semula semalam.

Harga kembali susut di bawah zon 1.0500 dan turut memberi isyarat bearish semula selepas bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta EUR/USD.

Kenaikan awal harga dilihat pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Khamis), namun pelabur akan menjangkakan penurunan bakal dilanjutkan berdasarkan corak penurunan semalam.

Harga berkemungkinan akan kembali menuju ke zon tumpuan awal minggu iaitu sekitar 1.0400 sebelum penurunan lebih rendah akan menguji paras sokongan harga minggu lalu pada 1.03500.

Sebaliknya jika lonjakan harga berjaya diteruskan lagi pada dagangan penghujung minggu, ketinggian harga yang dicapai sebelum ini bakal diatasi.

Kenaikan lanjut harga bakal menguji pula zon rintangan pada 1.06000 yang turut menjadi tumpuan ketika pergerakan harga pada reaksi laporan pekerjaan NFP dan mesyuarat FOMC yang lalu.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat