Patutlah Bitcoin Meroket Lagi – MicroStrategy Inc Buat Kejutan!

2,508

MicroStrategy Inc dalam salah satu laporan pada hari Selasa melaporkan bahawa syarikat mereka akan mengeluarkan surat hutang yang akan mengumpulkan $600 juta melalui penjualan instrumen itu dan menggunakan hasil tersebut untuk membeli lebih banyak bitcoin. Syarikat tersebut memaklumkan bahawa ia akan meningkatkan hasil dan sebagai inisitatif untuk meningkat pelaburan dalam kripto.

Saham MicroStrategy,yang merupakan antara syarikat terbesar dunia dalam sektor perniagaan dan perdagangan telah mencatat kenaikan saham sebanyak 4% sejak laporan ini diumumkan. Harga Bitcoin juga terus melonjak naik ke paras hampir $50,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Michael Saylor telah menjadi salah seorang penggemar kripto dan menyatakan sokongan penuh kepada Bitcoin. Bitcoin telah membuatkan beliau semakin teruja kerana nilainya terus meningkat.

Sebelum ini, pemilik syarikat Tesla Inc, Elon Musk juga telah mengambil langkah drastik dengan mengumumkan pembelian bitcoin bernilai $ 1.5 bilion sehingga mendorong syarikat-syarikat lain untuk ikut serta.

Dalam masa yang sama telah timbul ramalan harga Bitcoin (BTC) akan mencecah $250,000 pada Julai ini, disusuli dengan bullish beberapa altcoin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat