Patutlah Federal Reserve Biar Je Hasil Bon AS Naik!

632

Walaupun dengan lonjakan baru-baru ini yang menyaksikan kadar 10 tahun mencecah 1.6%, hasil perbendaharaan belum begitu rendah berbanding anggaran pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat sejak tahun 1966. Ini menunjukkan kenaikan dalam hasil bon mungkin masih mempunyai ruang untuk dibiarkan meningkat.

Penganalisis meningkatkan ramalan pertumbuhan inflasi ketika rakyat Amerika kini semakin hampir untuk mendapatkan bantuan pembayaran langsung dari pakej rangsangan $1.9 trilion Presiden Joe Biden.

Unjuran purata untuk keluaran dalam negara kasar (KDNK) nominal mencapai tahap tertinggi 32 tahun sebanyak 7.6% mengikut tinjauan Bloomberg.

Walaupun hasil bon telah meningkat dua kali ganda sejak November, tetapi jurang antara hasil bon semasa dan unjuran pertumbuhan ekonomi dilihat masih jauh.

Susulan itu, Goldman Sachs meningkatkan ramalan hasil bon AS 10 tahun kepada 1.90% pada akhir tahun ini berbanding 1.50% yang diunjurkan pada minggu lalu.

Prospek rangsangan dan pelancaran vaksin Covid-19 yang telah mendorong optimisme ke arah pemulihan ekonomi dan inflasi yang lebih tinggi, telah menyebabkan penjualan besar-besaran dalam pasaran bon global sebelum ini, dan sekali gus memacu hasil bon ke puncak.

Bagaimanapun, perkara ini tidak membimbangkan Federal Reserve (Fed), malah mereka mengatakan kenaikan hasil bon mencerminkan prospek pertumbuhan yang lebih kuat dan mengurangkan keperluan untuk tindak balas dasar.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat