Patutlah GBP/USD Susah Nak Turun, Ini Sebabnya

838

Pasaran yang optimis terhadap perkembangan baik hubungan antara AS-China telah memulihkan sentimen pasaran dan juga keyakinan para pelabur.

Faktor ini juga telah mendorong nilai dagangan US dolar bergerak susut pada minggu ini sementara pelabur berwaspada meneliti data-data ekonomi AS dan juga ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell pada Khamis.

Dapat diperhatikan US dolar bergerak lemah di antara matawang-matawang utama yang berisiko seperti Pound.

Pada dagangan di carta harga pasangan matawang GBP/USD semalam, harga menunjukkan corak kenaikan untuk dagangan harian berikutan US dolar bergerak lemah walaupun matawang Pound masih dinilai berisiko oleh pelabur disebabkan perkembangan kurang memberangsangkan rundingan Brexit minggu lalu.

Kenaikan harga walau bagaimanapun gagal diteruskan lebih tinggi selepas harga menguji paras halangan 1.31500 sebelum pantul semula.

Pergerakan harga masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang menunjukkan berkemungkinan berlaku perubahan trend bullish.

Namun pelabur berwaspada untuk harga kembali membuat penurunan semula dan menguji paras sokongan sekitar 1.30500.

Penurunan lebih rendah harga bakal menuju zon support tumpuan pada 1.30000.

Sebaliknya jika harga terus membuat kenaikan sehingga melepasi paras 1.32000, paras ketinggian minggu lalu akan diuji sekitar zon resistance di bawah paras 1.32800.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat