Patutlah Polkadot Meroket Tinggi! Ini Sebabnya ..

1,590

Pesaing utama Ethereum (ETH), Polkadot (DOT) akhirnya mencatat rekod terbaru all-time high (ATH), $14.80 pada awal pagi tadi.

Lonjakan harga DOT turut membawa kepada peningkatan permodalan pasaran aset itu mencecah lebih $13 bilion, menjadikan matawang kripto kelima teratas buat kali pertama selepas mengatasi Litecoin (LTC).

Ini bermakna harga DOT telah meningkat sekitar 141% sejak Disember 2020.

Penganalisis mengandaikan lonjakan meroket ini didorong oleh beberapa faktor mengaitkan Polkadot akan terlibat dengan pelbagai projek pembangunan sepanjang 2021, menyebabkan pelabur terus tertarik dengan DOT.

Perkembangan Polkadot turut dilihat berjaya menyaingi kebanyakan token DeFi terutama setelah pelancaran mainnet pada Mei 2020, membawa kejayaan aset ini hasil dari projek-projek seperti Moonbeam dan KILT.

Moonbeam merupakan projek yang beroperasi pada kontrak pintar berskala dan KILT merupakan projek identiti digital.

Pada tahun ini Polkadot akan terus berkembang dengan kerjasama Moonbeam yang akan memudahkan pembangun terbiasa dengan kontrak pintar Ethereum bagi pembangunan ekosistem Polkadot dengan cepat.

Polkadot juga dilaporkan sedang mengusahakan Acala, parachain yang dibina untuk mewujudkan asas ekonomi tanpa had bagi ekosistem Polkadot, dan Frontier, projek penyesuaian Ethereum-Substrate bertujuan untuk mencipta rangkaian blockchain standard yang akan digunakan untuk membina sistem blockchain dan parachain Polkadot.

Ketika penulisan, DOT didagangkan pada $14.38, susut 1.6% daripada ATH yang direkod sebentar tadi.

 

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat