Patutlah US Dolar Jatuh! Sebab Ini Rupanya

1,347

Dolar greenback kembali susut menjelang dagangan hujung minggu selepas terdapat laporan yang mengatakan Kongres AS akan menyambung semula rundingan mengenai langkah bantuan rangsangan coronavirus.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama diperdagangkan susut pada 92.29.

Terbaru, Senator Chuck Schumer memberitahu bahawa Pemimpin Majoriti Senat Mitch McConnell telah bersetuju untuk memulakan rundingan rangsangan coronavirus. Para pelabur menyambut baik perkhabaran ini dengan membawa ekuiti kembali positif.

Hal ini turut mendorong euro, pound sterling dan matawang utama lain untuk menghapuskan hampir semua kerugian yang dicatatkan untuk mengakhiri sesi dagangan New York lebih tinggi berbanding US dolar.

Dolar Aussie dan dolar kiwi positif pada awal pembukaan sesi Asia hari ini dengan masing-masing didagangkan di sekitar paras harga $0.72850 dan $0.69170.

Matawang euro adalah antara yang menerima manfaat paling besar susulan kelemahan dolar Amerika untuk didagangkan lebih tinggi.

Berikutan sekatan yang dilaksanakan di Eropah, penularan virus semakin perlahan dan sekiranya wabak ini dapat dibendung sebelum Krismas, pelonggaran sekatan mungkin dilakukan.

Matawang pound juga memadamkan semula kerugian sebelumnya walaupun selepas Kesatuan Eropah (EU) menghentikan rundingan Brexit susulan terdapat anggota yang disahkan positif Covid-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat