PayPal Terlibat Dalam Penggubahan Wang Haram?

407

Syarikat pembayaran atas talian popular dunia yang dikenali sebagai PayPal Holdings telah diarahkan oleh agensi perisikan kewangan Australia (AUSTRAC) untuk diaudit selepas disyaki terlibat dalam jenayah serius termasuk eksploitasi kanak-kanak.

Agensi berkenaan, menjalankan peranan untuk memastikan syarikat mematuhi undang-undang penggubahan wang haram dan anti-keganasan menggesa PayPal Australia melantik juruaudit dalaman bagi memeriksa setiap transaksi wang yang dilakukan.

Selain itu, risiko eksploitasi seks kanak-kanak turut ditekankan oleh AUSTRAC ketika membuat pengumuman berkaitan dengan audit tersebut. Oleh itu, PayPal perlu mengemukakan laporan dalam tempoh 120 hari.

Ketua eksekutif AUSTRAC menyatakan bahawa urus niaga yang dikawal selia oleh PayPal Australia memainkan fungsi penting dalam membantu agensi itu dan rakan penguatkuasa undang-undang membanteras transaksi wang kepada penjenayah dan pengganas.

Di samping itu, PayPal turut mengeluarkan satu kenyataan bahawa unitnya di Australia telah melapor diri kepada pihak berkuasa setelah satu siasatan dalaman mengesan masalah yang timbul dengan mengemukakan laporan pemindahan dana antarabangsa kepada AUSTRAC.

Hal yang demikian kerana syarikat tersebut akur dengan arahan yang dikeluarkan oleh AUSTRAC serta memberikan kerjasama kepada agensi berkenaan dalam memperbaiki isu sistem laporan ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat