Pecah Rekod Lagi! USD/JPY Lonjak Paras Tertinggi Terbaru Sejak 2002!

262

Walapun sentimen pasaran masih lagi berisiko, namun mata wang safe-haven Yen dilihat telah mula hilang momentum pengukuhannya sejak dagangan Rabu semalam.

Ketiadaan faktor utama yang mempengaruhi situasi tersebut, penganalisis berpandangan aktiviti pengambilan untung mungkin berlaku menuju penutupan bagi dagangan April.

Hilang persaingan daripada Yen telah membuka lebih ruang untuk US dolar terus menguasai pasaran kewangan.

US dolar pamerkan prestasi cemerlang sepanjang minggu ini dengan indeks US dolar juga telah meningkat ke paras tertinggi 5 tahun.

Menjelang mesyuarat FOMC pada minggu hadapan, US dolar dijangka akan terus mengekalkan pengukuhan dengan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah yang lebih agresif oleh Federal Reserve (Fed).

Pada carta harga pasangan mata wang USD/JPY, harga telah mula pamerkan corak kenaikan semula sejak semalam dari paras 127.00 pada pembukaan sesi Asia.

Setelah kenaikan yang dibuat melepasi paras 128.00, pelabur mula menilai isyarat perubahan trend pada carta harga susulan harga juga telah bergerak semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Tidak terhenti di situ, kenaikan harga diteruskan lagi pada dagangan hari ini (Khamis) menyaksikan lonjakan mengatasi paras ketinggian minggu lalu yang dicapai pada 129.300 ke paras ketinggian terbaru sekitar 130.00 setakat dagangan awal sesi Eropah.

Dengan lonjakan ini, harga terus merekodkan paras ketinggian terbaru lagi sejak dagangan tahun 2002!

Untuk kenaikan lebih tinggi, berkemungkinan harga boleh mencapai sehingga ke paras ketinggian 132.00 mengekalkan trend bullish.

Namun waspada untuk penurunan semula harga yang boleh berlaku di penghujung minggu.

Penurunan harga bakal kembali menguji paras 129.300 membentuk zon RBS (resistance become support) yang baru untuk menyokong harga menyambung kenaikan semula.

Sebaliknya jika harga susut lebih rendah, penurunan melepasi paras 128.00 boleh menuju semula sehingga ke zon tumpuan sebelum ini sekitar 125.800.

Lihat gambar carta harga pasangan USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat