Pecah Siling! GBP/USD Terpacak Sampai 370 Pips!

267

Jangkaan pelabur terhadap penurunan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD meleset apabila harga telah melonjak padu ketika dagangan menghampiri penutup minggu.

Ini adalah disebabkan kesan susulan terbitan data indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) yang memaparkan angka yang menurun, menunjukkan kesan terhadap pengetatan dasar oleh Federal Reserve (Fed) sebelum ini.

Penurunan pada kadar inflasi AS untuk 4 bulan berturut-turut telah mendorong penyusutan ketara terhadap US dolar di sesi New York semalam dan memberi ruang untuk Pound didagangkan meningkat semula.

Tumpuan akan terarah kepada terbitan data pertumbuhan ekonomi UK pada sesi Eropah sebentar lagi yang dijangka memacu pergerakan Pound di penghujung minggu ini.

Setelah corak penurunan dipamerkan pada Rabu lalu di carta GBP/USD ke paras sekitar 1.13400, pelabur mula melihat isyarat untuk perubahan trend menurun buat harga.

Namun, jangkaan meleset dan apa yang mengejutkan pasaran pada Khamis semalam, harga telah melonjak sehingga 370 pips!

Kenaikan yang melepasi paras 1.15000 dan rintangan 1.16000 akhirnya mencapai ketinggian sekitar 1.17300 di penghujung sesi New York.

Ini merupakan paras tertinggi dicapai harga sejak 8 minggu yang lalu.

Tidak mustahil untuk harga meneruskan lagi pendakian tersebut dengan sasaran terbaru berkemungkinan akan mencapai sekitar 1.18000 untuk harga menguji zon tumpuan tersebut.

Dan untuk kenaikan lebih tinggi, paras sekitar 1.18800 pula dinantikan untuk diuji harga jika pergerakan bullish masih berjaya dikekalkan.

Sebaliknya, penurunan harga juga boleh berlaku lebih-lebih lagi ketika penutup dagangan di akhir minggu dengan kemungkinan berlaku aktiviti profit taking oleh pemain pasaran.

Jika harga menjunam semula di bawah zon 1.16000, harga dilihat akan turun singgah ke sekitar 1.15000 dahulu sebelum reaksi harga di zon tersebut akan menjadi petunjuk bagi pergerakan selanjutnya.

Harga boleh mencecah semula ke paras sokongan awal minggu pada 1.13000 jika penurunan diteruskan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat