Pecutan Terakhir Rundingan Brexit Antara EU Dan Britain!

419

Kesatuan Eropah dan Britain telah mencatat kemajuan yang lebih baik dalam mencapai kesepakatan perdagangan dalam beberapa hari terakhir sebelum tarikh akhir yang ditetapkan. Walaupun begitu, menurut ketua eksekutif EU, masih banyak gerak kerja yang perlu dilaksanakan menjelang 31 Disember 2020.

Para diplomat EU mewakili pihak 27 negara anggota yang menjalin rundingan dengan Britain menyatakan bahawa Brussels dan London masih berselisih dalam hak penangkapan ikan, jaminan persaingan yang adil dan cara untuk menyelesaikan pertikaian di masa hadapan.

Walau bagaimanapun, Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen memberikan catatan yang lebih optimis mengenai perbincangan yang dijalankan dimana secara rumusannya rundingan menunjukkan kemajuan dalam hal yang dipertikaikan.

Menurut beliau, “setelah berminggu-minggu rundingan hanya mencatat kemajuan kecil, kini kita telah melihat kemajuan yang lebih baik menjelang tarikh akhir yang semakin baik.”

Rundingan setakat ini masih tersekat pada 3 isu terus namun telah ada momentum untuk mencapai kesepakatan tepat pada waktunya.

Pengunduran Britain dari EU setelah 31 Disember akan mengakibatkan kuouta dan tarif akan dikenakan dan hal ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada perdagangan dua hala bermula tahun 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat